XMC Major (rtd) Ramli Ab Rahim The Doer

Monday, December 15, 2008

X-Mass Comm - When We Meet Each Other

Zubli Zainordin

Bila Mahasiswa Mass Comm Jumpa Mahasiswawi Mass Comm

Depa cerita hal Mass Comm. Macam tak ada cerita lain.

Bila Mahasiswa Mass Comm Jumpa sekumpulan Mahasiswawi Mass Comm dan Lain-lain kursus keseluruhan cerita berpusat ke cerita Mass Comm.

Punya banyak cerita Mass Comm, maka ada yang berkata molek dibukukan.

Saya pun tulis buku, "Syioknya Kehidupan di Universiti", kemudian Penerbit mengubah tajuknya dengan memilih satu daripada beberapa yang saya cadangkan. Maka inilah jadinya:

http://kakibuku.blogdrive.com/archive/cm-3_cy-2006_m-10_d-27_y-200...


Friday, October 27, 2006
Puncak Jaya: Malaysia Kampungku, Dunia Negaraku

KEMAJUAN pendidikan banyak berpusat di Universiti. Di sanalah segala kebijakan ditemui. Sejak dahulu kala, sehingga kini dan selamanya Universiti merupakan destinasi utama untuk dituju.

Buku Puncak Jaya: Malaysia Kampungku, Dunia Negaraku karya Zubli Zainordin bukan sekadar catatan biasa tetapi menghimpun satu pengalaman menarik untuk sama-sama dikecapi oleh para pembaca khususnya di kalangan anak-anak muda Malaysia. Kepada yang belum berkesempatan melanjutkan pengajian serta merasai kehidupan di Universiti sebagai siswa-siswi, maka buku ini dapat memberi motivasi yang sangat diperlukan.

Terdapat 13 bab yang menyentuh betapa Universiti amat penting untuk disinggahi sepanjang kehidupan seseorang. Sekiranya anda dapat melanjutkan pengajian di Universiti sama ada lokal atau antarabangsa, maka ini sudah dikira sangat bermakna kepada diri anda. Sekiranya belum, maka berusahalah untuk memasukinya, biarpun sebagai seorang pelawat dan rasailah kenikmatannya.

Buku ini ingin mengajak anak-anak muda serta para graduan berkelana di persada global di mana Malaysia hanyalah merupakan sebuah perkampungan dan diharapkan mereka nanti keluar menakluki pentas global seolah-olah dunia sudah pula menjadi negara mereka. Berkemampuankah mereka mencapai misi ini? Mungkin dengan membaca buku Puncak Jaya: Malaysia Kampungku, Dunia Negaraku anda berpeluang mendapatkan jawapannya.

Dapatkan buku Puncak Jaya: Malaysia Kampungku, Dunia Negaraku di kedai-kedai buku berhampiran anda, sekiranya belum kedapatan sila sms 019-367 8067 atau 013-223 2559 untuk penghantaran segera.

Info buku:

Tajuk: Puncak Jaya: Malaysia Kampungku, Dunia Negaraku
Pengkarya: Zubli Zainordin
Penerbit: Smart Genei Corporation Sdn. Bhd.
ISBN No: 983-2275-53-9
Tahun Terbitan: 2006

Posted at 05:43 pm by alidina
Comments (1) Permalink

Tags: ali, buku, comm, di, dina, kaki, kehidupan, syioknya, universiti, x-mass

No comments:

Post a Comment

I appreciate your visits and comments here.