Ini berlaku sekali dalam hidup saya sepanjang perjalanan dari Sungai Petani Ke Sabak Bernam. Kemudian perihal inipun, saya jadi penulis jemputan Bloggawanita Amerika Syarikat.
Tidak terfikir mahu menulisnya kembali di sini. Namun barangkali mungkin gamaknya ada peminat filem Bollywood di sini, maka bolehlah dikongsikan dengannya. XMC lain, boleh turut bersama jika andai sekiranya berminat. Semoga, di suatu ketika, anda seperti saya dari tidak akan kecuali diberi RM 1,000 untuk tonton satu filem Bollywood, kita bukan sahaja menonton namun kita akan membeli VCD Bollywood.
Setelah di sini, saya ketemu dua X-Mass Comm yang nampak macam minat filem Bollywood. Seorang daripadanya saya telah ushar...
Begini:
Dear Raja Zainariah Raja Hitam,
Please answer the following:
These are names familiar to us, Bollywood lovers -
Shah Rukh Khan, Salman Khan, Ameer Khan, and Amithab Bachchan.
Kajol, Rani Mukherjee, Pretty Zinta, and Madhuri Dixit.
The names above have been arranged in no particlar order.
When you are during your free time, please hand me, the names again yet in a listing of most like to like (least).
The above is for a man to know a woman. For the purpose of friendship, or otherwise.
I thank you...
Sure punyia. Tangkap lintok jikalau kena gu nya. Ini respons darinya.
Bro Zubli
My choice:
Hero - Shah Rukh Khan, Salman Khan, Amithab Bachchan, Ameer Khan, .
Kajol, Rani Mukherjee, Madhuri Dixit, Pretty Zinta .
So, tell me what does that means...
InsyaAllah, saya akan menjawab terus dengannya secara one-to-one.
Nanti saya sambung kisah bagaimana orang kita tidak kenali namun menggunakan magic Bollywood, kita bersama semacam sudah berpuluh tahun mengenalinya.
Boleh caya ke nii? Entah. Terpulanglah. Ibarat pisau boleh memotong, kita pandang sahaja, apa diharap jadi terpotong tidak akan terpotong. Anda, saya, kitalah pemotong guna pisau untuk potong timun mithalnya.
Dibuka untuk perbincangan, InsyaAllah saya akan berperanan di sini menokok menambah. Gitu...
Tidak terfikir mahu menulisnya kembali di sini. Namun barangkali mungkin gamaknya ada peminat filem Bollywood di sini, maka bolehlah dikongsikan dengannya. XMC lain, boleh turut bersama jika andai sekiranya berminat. Semoga, di suatu ketika, anda seperti saya dari tidak akan kecuali diberi RM 1,000 untuk tonton satu filem Bollywood, kita bukan sahaja menonton namun kita akan membeli VCD Bollywood.
Setelah di sini, saya ketemu dua X-Mass Comm yang nampak macam minat filem Bollywood. Seorang daripadanya saya telah ushar...
Begini:
Dear Raja Zainariah Raja Hitam,
Please answer the following:
These are names familiar to us, Bollywood lovers -
Shah Rukh Khan, Salman Khan, Ameer Khan, and Amithab Bachchan.
Kajol, Rani Mukherjee, Pretty Zinta, and Madhuri Dixit.
The names above have been arranged in no particlar order.
When you are during your free time, please hand me, the names again yet in a listing of most like to like (least).
The above is for a man to know a woman. For the purpose of friendship, or otherwise.
I thank you...
Sure punyia. Tangkap lintok jikalau kena gu nya. Ini respons darinya.
Bro Zubli
My choice:
Hero - Shah Rukh Khan, Salman Khan, Amithab Bachchan, Ameer Khan, .
Kajol, Rani Mukherjee, Madhuri Dixit, Pretty Zinta .
So, tell me what does that means...
InsyaAllah, saya akan menjawab terus dengannya secara one-to-one.
Nanti saya sambung kisah bagaimana orang kita tidak kenali namun menggunakan magic Bollywood, kita bersama semacam sudah berpuluh tahun mengenalinya.
Boleh caya ke nii? Entah. Terpulanglah. Ibarat pisau boleh memotong, kita pandang sahaja, apa diharap jadi terpotong tidak akan terpotong. Anda, saya, kitalah pemotong guna pisau untuk potong timun mithalnya.
Dibuka untuk perbincangan, InsyaAllah saya akan berperanan di sini menokok menambah. Gitu...
Tags: bollywood, comm, huwmen, kehidupan, kemanusiaan, x-mass, xmc
Replies to This Discussion
- Saya hampir pasti payah nak suka cerita Hinustan tp tak tau macamana boleh tertonton cerita Mohabbatein, mungkin lagunya atau juga heronya.
- Delete
- Terima kasih Rosnazirah Mokhtar di atas respons ini.
Mohabbatein, pengarahnya Aditya Chopra. Pengarah yang hebat. Kisah cinta, pertembungan 2 generasi berlainan pendirian, muzik, dan gabungan mantap - Shah Rukh Khan - Ashwarya Rai - Amithab Bachchan. Tentu ada di antara faktor ini menjadi tarikan individu ini berbeza individu lain.
Pada saya, falsafahnya.
Sehubungan dengan tajuk:
Pelajaran Dari Bollywood - Pertama Kali Bertemu Semacam Puluh Tahun Kenalinya
Nama Ashwarya Rai tidak disenaraikan. Ada individu bertanya kenapa? Boleh jika mahu, namun senarai sedia ada sudah lebih dari mencukupi.
Detik manakah, menonton Mohabbatein, titisan air mata pun mengalir sendirinya. Pada saya ada beberapa adegan. Fahamilah adegan itu, dan kita gunakan natijahnya bila bertemu individu pertama kali dan individu itu merasakan intim dengan kita.
Wow!
- bila citer tentang citer hindustan atau bollywood semua bermula dengan demam kuch2 ho ta hei (betul ke eja) kita di malaysia nie semua boleh masuk. kalau inul tengah top dan dangdut mengambil tempat maka semua stesen tv, radio, pub n karaoke akan main lagu dangdut. satu ketika 60 an menjadi hangat kembali... semua org cakap tentang pop yeh yeh. dari konsert sampailah ranc tv. kita memang masyarakat yang hebat. semua boleh.... dari penyamun, pengedar dadah di peringkat internasional hinggalah pendaki gunung everest. semua terserah kat kita....
- Delete
- Abdull Hadi Mohd Yusoff,
Terima kasih kerana respons ini.
Sedari dulu saya telah perhatikan hal ini. Dari aspek komunikasi, para Mak Chik, dengan jiran sebelah mereka loghat daerah. Mari Cina jual ikan sayur, mereka slang Cina. Dengan aney jual roti, mereka cakap goyang kepala kiri kanan. Sama Benggali mandor kutip sampah mereka pun cakap seperti "Hey Kichik..." Jika mereka buat rombongan ke Indonesia, mereka slang sana. Bila rombongan dari Indonesia datang ke sini, mereka slang sana jugak.
Apa nak dihalang? Jadi, ambillah kebaikan potensi mereka itu, dan luruskan hala tuju nan sewajarnya. Kita tetap jadi masyarakat unggul.
Sepanjang perjalanan saya dari Sungai Petani ke Sabak Bernam, walaupun baru bertemu namun di rumah merekalah saya makan minum tidor dan menjalankan pelbagai aktiviti. Pendek kata panjang pun kata, jika saya ingin sama ada dara atau janda, pasang empat boleh jadi kenyataan.
Petuanya:
Dari Kuch Kuch Hotta Hai
Perhatikan, dari senarai di atas, dalam filem ini digandingkan Rani Mukherji Shah Rukh Khan Kajol. Fahami watak mereka, kita pun boleh jadi Anjeli bila pertama kali bertemu seseorang pertama kali macam berpuluh tahun kenalnya.
- Pada saya cerita Hindustan ni banyak berunsur escapism, maklum kehidupan sebenar mereka lebih neraka dari neraka. Jadi mereka kena bg fantasy yg hebat utk kurangkan derita. Mostly pengarah berjaya membuai perasaan penonton! Mmg menghiburkan, dari script, jalan cerita, lagu sampailah kepada kehidupan sebenar artis itu. Semuanya teringin diketahui !
- dah lama tak berpeluang menonton cerita hinddustan selain daripada ruang masa menonton tv dikongsi dengan anak2 ( yang lebih santai melihat kartun), juga cerita baru ini agak kurang impak dan sukar untuk turut melelehkan air mata seperti mana menonton cerita sanggam, boby dan entah apa lagi yang susah nak ingat tajuknya tajuknya tapi plot dan jalan cerita tu masih ada terlekat sikit2 di memori ini.
- Delete
- Benar pendapat Rosnazirah Mokhtar itu.
Sewaktu di Level 13, saya mempunyai pandangan sama. Saya tanya rakan sekuliah Mirza Mohamed Tariq Beg, perihal filem Hindhustan, tema cinta, dan fantasinya serta segala macamnya.
Diapun menerangkan panjang lebar.
Pun begitu, ketika itu, pada saya, sesiapa beri kepada saya RM 1,000, maka barulah saya tonton satu filem Bollywood.
Pandangan ini berubah kemudiannya. Saya pulak beli VCD Bollywood.
Kerana di sebalik apa yang boleh saya kritik filem Bollywood, sebenarnya ada pengajaran yang istimewa, untuk memahami manusia, dan menjalin relationship. Barangkali lebih lagi dari itu. Namun tajuk perbincangan kita di sini, begitu skopnya.
- Delete
- Parbiyah Bachik,
Pada usia sekitar 12 tahun, abang sulung membawa saya ke Panggung Odeon. Itulah pertama kali saya tonton filem Hindhustan. Sangam. 1960an.
Ketika itu susah nak faham. Enjoy seadanya.
Kemudian filem ini saya tonton berkali-kali lagi.
Masih mahu menontonnya dan menyedut pengajarannya. Pengorbanan sahabat lelaki perihal keduanya cinta kepada wanita nan sama.
- bukan sahaja sebagai eplarian kepada masyarakat India, kepada kita orang melayu ni pun terbuai-buai dengan liuk lentok lagunya yang tak paham makna tapi terlena dengan iramanya....
- Delete
- Betul kata Parbiyah Bachik,
Arab Mehrebian, dalam bukunya, menulis:
Words - 08 %
Vocal - 25 %
Non-verbal - 67 %
Keajaiban filem Bollywood, penonton bukan penutur ini sebagai Bahasa Ibunda, bakal melupakan dialog, dan memahami dengan hatinya, akan suara hati pelakon.
Pun begitu, bahasa Hindhustan sememangnya klasik penuh puitis.
Ayatnya, jika penutur lelaki, wanitanya cair hati.
Saya berdiri di pintu. Ada grill besi. Saya nampak seorang wanita pertama kali saya melihatnya. Saya kata, buka pintu ini saya ingin masuk. Dari sudutnya, saya nampak sebelah mata merenung ke arah saya. Dia buka grill, kami saling berkenalan, dan abang iparnya sedang makan, saya kata saya lapar, dan kami makan bertiga.
Esoknya saya datang lagi. Jika semalam tangan kosong, kali ini tangan berisi. Mereka bertiga dapat set bahan makanan keluarga, masing-masing dapat pula makanan kesukaannya.
Setahun kami berkawan.
Suatu hari wanita ini ingin pulang ke kampung. Saya pesan, belikan saya kopi kau hanya ada di Jeniang.
Bila dia kembali, sayapun datang ke rumah mereka. Dia sakat, apa saya pesan dia tidak peduli. Saya kata tidak mengapa, saya faham. Saya ke depan, ke dapur, berbual dengan kakak dan abang iparnya, dan kemudian duduk bersamanya.
Saya ayat dia, dari filem Dil To Pagal Hai.
Cair dak? Cair punyia...
"Semasa awak di Jeniang, adakah awak ingat saya?"
"Tak"
"Sedikit pun tak ada?"
"Tak ada!"
"Baiklah. Jika saya dapat buktikan awak ada ingat saya sedetik seketika, hendaklah awak didenda cium saya. Jika saya gagal membuktikannya tidak mengapa, dendalah saya untuk cium awak".
"Banyak cantik? Nak cium orang!"
Jeda.
"Hah lekaslah apa buktinya?"
"Ketika bas nak bergerak. Awak kata pada pemandu bas, tunggu sekejap. Saya terlupa, kawan saya Zubli pesan kopi kaw. Ketika itulah awak ada ingat saya. itu buktinya".
Cium? Tidak. Namun jika mahu. Peluang sudah terbuka. Melakukannya nikmat seketika, persahabatan bakal mati di situ sahaja.
- memang betul, kebanyakan cerita hindustan ni adalah 'escapism' bagi majoriti rakyat mereka yang miskin, jadi bila bab lagu syahdu atau 'happy' ke mereka dah terbayang jadi hero atau heroin...lagi satu cerita yang box office ni diulang tayang beratus-ratus kali tetap orang pi tengok. yang menariknya, walaupun kita tak faham bahasa dia, tapi kita tau jalan cerita dia...(kalau sarikata takdakpun takpa). hero heroin pulak yang macho, cun...kekadang kita 'ralit' sebab lagu best...macam dalam filem 'taal' saya sanggup tengok berulang kali sebab lagu best ngan latar belakang yang indah...
- Delete
- Terima kasih Siti Hajar Abdullah Said,
Taal? Wow!
Selepas informasi tersebut sebagai satu pandangan, saya ingin mengajak kita semua untuk menyedut lagi pengajaran dari filem Bollywood. Sebab ada lebih lagi dari pandangan tersebut untuk kita manfaatkan.
Begini...
Di suatu masa saya di Shah Alam, Selangor. Selangor Maju 2005. Ketat betul hendak cari makan di sini. Saya pun berhijrah ke Sungai Petani, Kedah. Di Kedah pun, usaha saya untuk turut sama Kedah Maju 2010, turut menjadi ketat jika seseorang seperti saya tiada ikatan parti politik.
Berdoa agar Allah membuka pintu rezeki.
Kemudian seorang kawan rapat telefon, "Nak duit banyak, datang Kuala Lumpur, ada projek baik punya".
Saya tidak respons.
Beberapa hari, panggilan yang sama. Saya jawab, "Jika betul, bank-in RM 200".
Betul.
Saya mula menaiki Bas Ekspress menuju ke Kuala Lumpur. Perjalanan ini bakal menjadikan saya seorang yang hanya akan menonton satu filem Bollywood bila diberikan RM 1000, kepada seorang pembeli VCD Bollywood.
InsyaAllah, bersambung...
No comments:
Post a Comment
I appreciate your visits and comments here.