XMC Major (rtd) Ramli Ab Rahim The Doer

Friday, December 19, 2008

X-Mass Comm - Pasukan Moderator Amat Komited Di Kampung Kita

Mazni Yaakub euro64k said…

SELAMAT DATANG


Asalamualaikum,

Kami rakan-rakan moderators XMC, mengucapkan Selamat Datang ke perkampungan XMC. Kehadiran anda amat kami alu-alukan. Sudi-sudikan beramah mesra dengan semua XMC members di ruangan Kopitiam. Sumbangkanlah nukilan anda dalam ruangan Forum dan Blog, kongsikan bersama lagu kegemaran, photo dan video klip anda. Hakikat senior dan junior tidak dapat dinafikan, tapi sekarang masanya kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi demi mengakrabkan lagi hubungan silaturrahim kita.

Misi penting kami di titik permulaan ini adalah untuk menyatukan semua bekas-bekas graduan MassComm Uitm untuk membentuk satu rangkaian kukuh yang dapat dimanfaatkan oleh kita semua, di samping menyambung silaturahim yang terputus , mengenali junior dan senior termasuk mereka yang tidak pernah kita ketahui. Saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status anda adalah amalan kita di XMC.

Andaikata anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung situs ini atau memerlukan bantuan teknikal, sila hubungi mana-mana moderator kita. Izinkan kami memperkenalkan para moderators X-MassComm UiTM:


1. Dzailani @ Roro - Initiator of XMC & Moderator 1
http://masscommuitm.ning.com/profile/007

2. Syed Zul @ Tojo - Moderator 2
http://masscommuitm.ning.com/profile/SyedTojo
3. Basree @ Min - Moderator 3
http://masscommuitm.ning.com/profile/NgadiminBasreeRakijan
4. Dzulkifle @ Joel , Xool - Moderator 4
http://masscommuitm.ning.com/profile/DzulkifleMohdBahari
5. Azhar @ Bob , Ja'a - Moderator 5
http://masscommuitm.ning.com/profile/MohdAzharIsmail
6. Raja Zainariah @ Zai , Jai - Moderator 6
http://masscommuitm.ning.com/profile/RajaZainariahRajaHitam
7. Nazam @ Stone - Moderator 7
http://masscommuitm.ning.com/profile/NazamYusuff
8. Jamhariah Jaafar @ Jam, JJ – Moderator 8
http://masscommuitm.ning.com/profile/JamhariahJaafar
9. Mazni Yaakub – Moderator 9
http://masscommuitm.ning.com/profiles/members/?q=mazni
10.Nurul Afida Hj. Kamaludin – Moderator 10
http://masscommuitm.ning.com/profiles/members/?q=nurul
11.Abdull Hadi Mohd Yusoff - Moderator 11
http://masscommuitm.ning.com/profile/AbdullHadiMohdYusoff

Dengan sokongan semua ...kita dapat merealisasikan impian XMC. Ribuan terima kasih ke atas sokongan anda.

Ikhlas dari kami:
Moderators Team of XMC


SYARAT –SYARAT YANG PERLU DIPATUHI SEBAIK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI XMC
Untuk mengelakkan keahlian anda dibekukan (dimana anda tidak lagi dapat melayari situs ini) , kami mohon kerjasama untuk mendaftarkan nama penuh sebenar anda dan meletakkan gambar anda di profile ID serta melengkapkan Profile Information secepat mungkin sekiranya anda belum berbuat demikian. Kami pasti tidak sukar bagi anda untuk memenuhi permintaan kami. Kerjasama anda amat dihargai.

No comments:

Post a Comment

I appreciate your visits and comments here.