Dalam kehidupan ini, manusia mula sedar betapa pentingnya motivasi, atau motivation. Sehingga ada individu, menjadikannya modiul kursus. Ada penceramah, dan ada peserta.
Bagaimanapun kursus begini tidak berkesan. Peserta bersemangat seketika, kemudian kembali ke asal sebelum menghadiri kursus. Ini disebabkan penceramah tidak faham apakah motivasi. Terkecuali beberapa, peserta lagi lah tidak faham.
Motivasi telah disalah-tafsir sebagai merangsang. Gagal bila Penceramah merangsang peserta sewaktu kursus berlangsung, selepas kursus, peserta menjadi panas kemudian kembali sejuk dan kemudian dingin. Beku dan mengeras umpama ais.
Saya perhatikan hal ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi beberapa negara termasuk Amerika, Canada, dan Australia. Seterusnya, saya mengguna Internet untuk berkongsi maklumat dengan mereka. Para penceramah di sini dan di sana.
Untuk anda, rakan X-Mass Comm, ini perkongsiannya.
Kuasa atau power pada motivasi atau motivation terletak kepada motion atau gerak. MO-tiva-TION. MOTION. GERAK.
Perhatikan air bertakong dengan air sungai. Bezanya ialah gerak.
Rahsia dalam motivasi ialah bagaimana penceramah dengan hikmah menyelitkan sesuatu kepada peserta kursus, lalu membuka ruang kepada mereka sama ada sewaktu kursus apatah lagi selepas kursus mereka masing-masing mampu dan mahu gerak dirinya sendiri ke hala dan destinasi jayanya.
Sesuatu yang menjadi rahsia dalam motivasi atau motivation, ialah Motive atau Motif.
Bezakan individu bermotif dan individu tanpa motif. Move. Seorang bergerak, dan seorang lain ditakok nan sama.
Setiap orang, lain motifnya. Sebab itu Penceramah tidak boleh mengenjut motifnya sendiri kepada umpamanya 40 peserta kursus.
Ini samalah seperti 40 individu yang pelbagai kerabunannya diberikan kacamata yang sama dipakai oleh penceramah.
Sebaliknya, penceramah menyampaikan perihal pentingnya kacamata untuk memperbaiki penglihatan, maka setiap individu dari kalangan 40 peserta mendapatkan kacamatanya sendiri.
Kesimpulan:
Kuasa Motivation ialah Motion.
Rahsia Motivation ialah Motive.
Untuk renungan, sebutlah nama orang yang anda iktiraf sebagai individu telah berjaya. Setiap mereka mempunyai motif yang lebih besar dari dirinya sehingga berlaku motion ke pencapaian luar biasa, nikmatnya dikecapi hanya orang biasa.
Sebagai orang biasa, untuk kecapi pencapaian luar biasa, maka apakah motif pilihan anda sehingga berlaku motion ke pencapaiannya. Movement.
Begitu...
Sila bertanya lagi, InsyaAllah, kelak saya terangkan selanjutnya.
Jika ringkasan ini memanfaatkan, sila kongsi dengan rakan. Terima kasih.
Ibarat arang dijadikan bara Satay, ada hitam, hitam merah, dan merah. Semarak ialah bila setiap ketulan menjadi merah. Jika tidak, ketulan merah menjadi merah hitam, kemudian hitam, dan ketulan hitam kekal hitam, kita pun tidak dapat Satay dibakar sedap.
-
No comments:
Post a Comment
I appreciate your visits and comments here.