Alkisah tersebut sebuah cerita yang berlaku dalam sebuah bas yang dalam perjalanan dari KL ke Kota Bharu beberapa bulan lalu. Penghuni bas tersebut terdiri daripada serombongan pasangan suami isteri yang ke Kota Bharu untuk berlibur sambil membeli-belah. Hanya pemandu bas sahaja yang tidak membawa isteri tapi dia membawa penolong pemandunya yang berada di tempat duduk depan bersebelahan dengan pintu masuk bas.
Dalam rombongan seperti ini tentu saja ada yang tak kena. Kedengaran sepasang suami isteri yang duduk di depan sedang bertikam lidah mengenai sesuatu perkara yang hanya diketahui oleh mereka sahaja. Biasalah tu, suami isteri mana yang tak berselisih faham. Macam kata P. Ramlee dalam lagunya, "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri." Tapi 'perbalahan kecil' suami isteri ini agak istimewa sikit kerana si isteri nampak lebih agresif dan bersungguh2 mahu menunjukkan 'taring'nya di depan penumpang lain. Mungkin si isteri hendak memberitahu kepada rakan2 lain 'who is the boss' kepada mereka. Lantas tanpa segan silu dan dengan rasa bangga si isteri memberitahu rakan2 lain, "di rumah saya, saya ialah jeneral dan suami saya hanya mejar." Ini disambut oleh tepukan gemuruh oleh kaum hawa yang berada dalam bas tersebut, sementara kaum adam hanya terkebil2kan mata mendengarnya. Tak tahu bagaimana hendak bertindak-balas, si suami tadi tersipu2 malu mendengar ejekan rakan2 lain terhadapnya. Kesian si suami tu terkena tamparan hebat dari si isteri depan rakan2nya.
Ketika 'parlimen tak rasmi' ini sedang rancak bersidang, penolong pemandu dan pemandunya turut mendengar dan mengikuti hujah2 yang disampaikan dengan penuh minat. Selang beberapa ketika setelah puas menyaksikan sandiwara langsung, tanpa disuruh oleh sesiapa, penolong pemandu yang kebetulan berada bersebelahan pasangan suami isteri ini telah mencelah, "betullah kakak, memang di rumah saya pun isteri saya yang jadi jeneral!." Kata2nya telah disambut oleh tepukan lagi gemuruh dan sorakan yang lebih gemuruh oleh kaum hawa. Tambahnya lagi,"saya sebagai suami hanyalah seorang mejar saja di rumah, macam suami kakak juga." Tepukan dan sorakan bertambah lagi gemuruh tapi kali ini ditambah dengan ejekan oleh kaum hawa terhadap kaum adam yang di dalam bas itu. Setelah reda sedikit, si penolong pemandu bas ini menambah, "tapi oleh kerana isteri saya seorang jeneral, beliau hanya buat 'GENERAL DECISION' sahaja. Dan oleh kerana saya ialah seorang mejar di rumah, sayalah orang yang buat 'MAJOR DECISION!' Kata2 ini telah disambut oleh sorakan, tepukan dan ejekan oleh kaum adam terhadap kaum hawa pula. Suasana ini berlarutan sehingga beberapa minit lamanya. Sejak kata2 yang dilontarkan oleh penolong pemandu bas tadi, pasanngan suami isteri yang memulakan 'perbalahan kecil' tadi tidak lagi berkata2. Kalau ada pun, yang terdengar hanyalah suara2 kecilkaum adam saja yang kadang-kala memekik 'hidup mejar' disambut sorakan kecil rakan2 lain. Bas sewa khas dari KL ke Kota Bharu pada malam itu terus meluncur ke destinasinya dalam suasana lebih aman dan tenteram kerana sidang 'parlimen tidak rasmi' telah berjaya dibubarkan oleh penolong pemandu bas yang terbukti geliga otaknya.
Catatan : Cerita pendek ini bukan hasil asli saya tapi telah diciplak dengan kebenaran dari Bro Zubli semasa sesi makan nasi beriani di Subang Jaya, Rabu lalu yang turut dihadiri oleh Bro Roro dan Sis Jai. Dari cerita di atas ternyatalah kaum adam yang selalunya buat 'major decision' tetapi di kalangan XMC terdapat 'exeception' iaitu Puan Major Normaton Akmar bt Hj Zan. Keputusan yang dibuat oleh Cik Ton kita seorang ni sama ada di pejabat atau di rumah akan tetap jadi 'major decision.' Seorang lagi yang sentiasa buat 'major decision' ialah Bro kita Major(rtd) Ramli Ab Rahim..........Tabik spring kepada kedua2 insan ini!

Tags: lawak
8 Comments
- Comment by Major(rtd)Ramli Ab Rahim 1 day ago
- Saya teringat sebuah cerpen yang saya baca 30 tahun dulu. Antara Sergeant Major, Major dan Major General yang disenangi penulis adalah Sargeant Major (RSM). Kalau dalam askar RSM adalah orang nombor satu jaga disiplin dan digelar HARIMAU BERANTAI.
Kalau nak kick dengar cerita pak wan kena ada teh tarik di alam nyata. You'll enjoy listening to him. We get together and togethim (meminjam Zub's terminology) again.
- Comment by Aidi Rosli Khalim 1 day ago
- <><><>
Maaf. Saya tidak setaraf dengan kalian semua. Ada pangkat Jeneral, ada pangkat Major serta paling tinggi "mejar-jeneral".
Tak layak berada disisi kalian ~ sebab saya hanya berpangkat Sarjan ... atau nama penuh
Sarjan Bilco. Tentunya ada generasi yg pernah menonton siri ini suatu ketika dahulu.
<><><>
- Comment by dzailani ahmad @ roro 1 day ago
- tak dapat nak dibayangkan betapa hebatnya generasi 70an bercerita. dalam senda ada makna. dalam cerita ada hala. dalam kata ada mutiara. iktibar boleh ambil oleh semua. nasib baik saya berpangkat "mejar-jeneral" di rumah justeru membuat "general decisions" dan "major decisions".
- Comment by Zubli Zainordin on December 26, 2008 at 7:51pm
- Delete Comment Pak Wan,
Aku harap hang percaya. Akulah di antara manusia paling bersyukur kerana Allah menjadikan wanita di dunia ini.
Aku tak boleh bayang, Balaq jer di dunia ini! Jika demikian, Yang Maha Mengetahui, mat tahu dah, aku kan kata, "Please my Lord, I prefer to be home where You are now".
Depa Lah buat aku terus mahu sehingga tiba ajalnya, untuk berada di dunia ini. Pun, mesti ada Balaq kan, hang, Jakpar...dsn. Jika aku sorang jer kat dunia...Letih Beb!
Ada satu pos kat Blog aku, "Zubli Zainordin The Virgin". InsyaAllah, setakat ini, kami selamat. Walau lebih 13 peluang, namun aku Ittaqut-llah-haq-ko-tu-qatih.
Kita perlu faham, when most men mostly use their head, okay heads. But women, each has and using her senses. Normally they know the alim and the alim kuching one.
Namun aku, bagi hang a BIG and FAT endorsement, bab "harmless" hang itu. I shall stand for attestation in any court of law on this.
Okay Virgins, we Virgin, makes Virgin Decisions.
Hahahaha...
- Comment by Wan Razali Sulaiman aka PakWan on December 26, 2008 at 7:09pm
- Itulah istimewanya insan yang bernama Zubli ni....kenapa perempuan lebih terasa selamat dengan hang daripada orang macam aku yang 'generally' lebih 'harmless.' tapi dalam situasi sebegitu, sidekick macam jakpar pasti ada..ehmmmm. lebih selamat kalau buat General Decision daripada Major Decision..
kepada cik ton, saya amat faham tanggungjawab yang perlu dipikul sama ada apabila membuat General Decision mahupun Major Decision...lebih2 lagi ianya melibatkan maruah negara dan nyawa rakyat jelata....
- Comment by NORMATON AKMAR BT HJ ZAN on December 26, 2008 at 6:04pm
- alhamdulilah begitulah adanya..melaksanakan tanggungjawab ni sbenarnya tidak kira di mana selagi kiter bernama manusia dan yg pting dalam membuat sebarang keputusan supaya tidak tersasar perlulah mengambil perkiraan yg betul dr semua sudut..InsyaAllah
- Comment by Zubli Zainordin on December 26, 2008 at 3:07pm
- Delete Comment Pak Wan, ada lagi exception nya. Begini:
Zubli ngan Jakpar Tak Apa.
Menyusuli bas tersebut, di belakang berdedai, ada dua bas lagi dari Intekma Shah Alam, melalui perjalanan sama. Satu bas berisi X-Mass Comm Batch 77, dan bas lagi satu, berisi Batch 1978.
Sampai di Kota Bharu...satu hotel sahaja ditempah dan muat diisi satu bas sahaja. Maka berebutlah katil. Seorang Senior Perempuan dengan suara lantang memberi pendapat, bahawa semua perempuan hotel ini, semua lelaki cari hotel lain. Kecuali, Zubli ngan Jakpar, tak apa.
Maka, semua lelaki telah mencari hotel lain. Aku ngan Jakpar, di hotel Senior Perempuan General dan Classmates Perempuan General.
lain-lain Lelaki Major, ke hotel lain.
Mujur akupun ngan Jakpar ketika itu hanya mampu buat General Decisions sahaja.
Hang ingat kah kisah ini, Pak Wan?
Hahahaha...
Nota:
Lembut betul riba mereka, kan Jakpar? Kan..?
Hahahaha...
Gurau jer.