XMC Major (rtd) Ramli Ab Rahim The Doer

Tuesday, December 30, 2008

Tazkirah (1)

Salam

Tazkirah ini adalah untuk diri saya dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Ini adalah apa yang ternaqal (tertulis) di dalam Al Quran. Ini bermakna ia adalah tazkirah (peringatan) Allah. Di sini saya sertakan terjemahan harfiah (literal) untuk peringatan kita bersama.


Qaf [50:18]


Ma yalfithu min qawlin illa ladayhi raqeebun AAateedun
50:18 Not a word does he utter but there is a sentinel by him, ready (to note it).

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)

Maknanya ada malaikat di kiri dan kanan kita (Roqib dan 'Atid) yang memerhatikan segala gerak kita, dan menulis, dan buku itu akan dibawa di depan Allah di Yaumil Mahsyar untuk diperhitungkan.

Kalau kita menghayati dan menyedari kehadiran mereka berdua, maka kita akan sentiasa berhati-hati. This is a matter of faith. Kita percaya sebagai manusia Muslim. Apabila kita menyedari kita sentiasa diperhatikan Allah, maka kita akan berada dalam maqam muraqabah (kedudukan yang merasakan Allah sentiasa berada di sisi kita, dan Allah itu amat dekat lebih dekat daripada urat leher kita (al ayah).


Al-Isra (The Journey by Night) [17:36]


Wala taqfu ma laysa laka bihi AAilmun inna alssamAAa waalbasara waalfuada kullu olaika kana AAanhu masoolan
17:36 And pursue not that of which thou hast no knowledge; for every act of hearing, or of seeing or of (feeling in) the heart will be enquired into (on the Day of Reckoning).

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.





Mafhum (difahami) daripada ayat ini, pendengaran kita, apa yang kita lihat, dan apa yang berdetik di HATI kita, akan ditanyakan Allah pada hari Kiamat nanti.

Mulut kita terkunci pada masa itu.

Ya-Sin (Ya-Sin) [36:65]


Alyawma nakhtimu AAala afwahihim watukallimuna aydeehim watashhadu arjuluhum bima kanoo yaksiboona
36:65 That Day shall We set a seal on their mouths. But their hands will speak to us, and their feet bear witness, to all that they did.

Pada waktu itu Kami meteraikan (tutup) mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.


Lantas sebelum Allah tutup mulut kita dan menjadikan tangan kita berkata-kata, adalah menjadi tazkirah untuk kita menjadikan ini sebagai defence mechanism (perisai) sementara kita belayar di padang permainan yang dinamakan DUNIA yang serba sementara ini.

Semoga tazkirah ini akan memberi manfaat kepada diri saya dan saudara semua.

Yang diserang adalah hati. Hati itulah yang keras untuk menerima yang hak. Walaupun semasa di alam ruh, hati-hati itu telah naik saksi, bahawa Allah itu adalah Robb.

Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment

I appreciate your visits and comments here.