XMC Major (rtd) Ramli Ab Rahim The Doer

Monday, December 15, 2008

X-Mass Comm - Al-Fatihah Nor

Ada ketikanya kedudukan sebagai Pensyarah tidak memudahkan untuk duduk.

Sekembali dari Indiana State Terre Haute, pada 1983. Terserempak dengan seorang Mahasiswi. "Abang Jakpar!" tegurnya.

Hanya dia yang menyebut "Abang Jakpar" jika kami berbual secara tidak rasmi.

Kami sekampung semasa saya masih di sekolah rendah. Jarak usia 4 tahun, kurang lebih. Ayahnya, saya panggil Tok Mail. Abah saya, dia panggil Tok Din. Ibunya, saya panggil Mak Chik Ba'yah. Emak saya, dia panggil Mak Chik Tah.

Kemudian, nak jadikan cerita Mahasiswi ini mengambil satu subjek, saya Pensyarahnya.

Nak dihalang, dia berhak.

Maka berlangsung. Walau tidak berkata apa, namun masing-masing tahu batasan profesional. Masa bila Abang Jakpar, masa bila Encik Zubli.

Namun Mahasiswi ini memang hebat. Bukan dalam kuliah saya sahaja, dalam lain-lain kuliah pun dia hebat.

Terkejut di suatu ketika, dia memberitahu penyakitnya. Menunggu saat kematian.

Semuapun begitu, menunggu juga, cuma bezanya dia, dalam keadaannya.

Kemudian tidak ada kontek dengannya selepas dia bergelar X-Mass Comm.

Kehebatannya di Level 13, berterusan di RTM. Betullah kata Abdul Hadi Mohd Yusoff itu. Jika dia tidak beritahu sesiapapun tidak tahu penyakit jantungnya. Dalam keadaan itupun dia sukar ditandingi dari aspek menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Baru sebentar tadi, belegar di sini, saya mendapat tahu Mahasiswa ini telahpun meninggal dunia.

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun.

Saya pos yang ini di sini sebagai kenangan, hanya seorang sahaja Mahasiswa yang di Level 13, menyebut nama kekampongan saya, "Abang Jakpar".

Al-Fatihah.

Tags: dalamkenangan

No comments:

Post a Comment

I appreciate your visits and comments here.