- dzailani@roro(xmc:0) Male
USJ Subang, Selangor
Malaysia - Is Your Friend
- Share
- Remove as Friend
- Block Messages
Radio RORO (stesen tanpa wayar dan suis)
Shah Alam (Ahad - 16 Ogos): Kira-kira 40 bekas mahasiswa MassComm UITM dari pelbagai generasi mengadakan pertemuan bersejarah di Fakulti Komunikasi Massa di sini (kalau silap sebut nama fakulti tolong jangan saman saya ok. Saya buka Raja Petra). Pertemuan ringkas dijayakan beberapa pensyarah separa veteran diterajui oleh Adnan Hashim, Dr Halimaton (maaf tak sebut penuh sebab malas nak check dictionary) dan Abu Yamin Salam.
Sesi berkenal mesra berlangsung di conference room kira-kira jam 11 pagi. Adnan memulakan ucaptama dengan sedikit kalut, mungkin cemas berdepan dengan kerabat MC yang kini mempunyai latarbelakang "berbeza dan ganas". Beliau mengalu2kan kehadiran kerabat termasuk dirinya yang mewakili generasi 1978 (kalau tak silap lah).
Menurutnya, UITM mengadakan Reunion selama 3 hari 3 malam (macam kenduri istana) membabitkan pelbagai generasi dari semua kursus dan jurusan. Untuk itu Masscomm mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan bekas mahasiswa MC untuk berkenal mesra. (timbalan dekan MC - Rashid- ada sebut benda ni time pekena teh tarik di Sek7. Wei Rashid. Bila nak join room ni. Nak tunggu carpet merah ke)
Lebih penting katanya, pertemuan ringkas itu adalah permulaan kepada siri perjumpaan atau gathering tahunan MC yang akan dianjurkan pada waktu yang akan ditentukan kelak. Sebuah jawatankuasa protem sudahpun dibentuk dan akan didaftarkan sebagai persatuan atau pertubuhan kelak dan bertugas menganjur pelbagai kegiatan termasuk gathering.
Sementara itu Datuk Manja Ismail menambah, jawatankuasa itu dipilih secara diktator kerana kesuntukan waktu dan mengelak berlakunya gangguan teknikal. Apa pun katanya, selepas 2 atau 3 tahun nanti, kalau ada calon2 lain yang ingin merampas kuasa bolehlah. Yang penting aktiviti sudah dijalankan dengan teratur. (Manja. hang jangan komen apa2 pasal news ni. News dah berterabur sebab aku dah lama bersara).
Ketika majlis kenal mesra berlangsung, ada antara kerabat MC mencadangkan supaya diwujudkan website untuk berinteraksi (sumpah...bukan aku yang cadang benda ni). Ada yang kata website mungkin tak berkesan. Tup Tup belum pun rampasan kuasa berlaku....dah ada website. (Maaf kerana kegatalan jari ini membuka website tanpa merujuk kepada jawatankuasa protem). Tak sampai 15 jam website diwujudkan...sudah ada 15 keahlian. Zabidi Sanip mendahului senarai keahlian. (Saya ni sekadar moderator je. Tak de nombor keahlian).
Demikianlah siaran berita tanpa wayar dan suis. MOHON JASA BAIK tuan2 dan puan2 yang sudah REGISTER di sini supaya menyertakan GAMBAR KALER seberapa banyak yang boleh. Ini penting untuk kita melihat wajah2 lama yang dah ingat2 lupa.
MOHON juga jasa baik PENSYARAH Masscomm yang bukan berasal dari Kajian Sebaran Am ITM untuk menyertai angkatan bertuah ini kerana mereka adalah sebahagian dari kita.
MOHON juga kerabat yang ada menulis BLOG di sini. Apa saja yang terlintas di fikiran. Tak kisah. Asal jangan bagi BATU BLOK sudahlah. Tak payah fikir soal 5W1H. Buang karan. Manja BH dan Zaini Utusan gerenti akan bagi "termination letter" sebab.....YOU RE MY PREN.
Sekian dari RORO.

Tags: news
No comments:
Post a Comment
I appreciate your visits and comments here.