XMC Major (rtd) Ramli Ab Rahim The Doer

Tuesday, December 30, 2008

HARI-HARI YANG TERLUKA

HARI-HARI YANG TERLUKA


Aku masih ingat saat-saat yang manis
tika dibungkus menara gading yang penuh akta
atas tiket kebebasan akademik aku berpolemik
bicara sama teman-teman yang maudhuknya
mungkin absurd
tentang dosa yang bakal dipikul sebagai
penulis
di hadapan mahkamah Robul Jalil
kerana pada masa itu semuanya
RELEVAN.

Aku masih ingat kehangatan malam di Ancol
keresahan kota Manila yang tak pernah tidur
keresahan terhimpit di celah-celah kota Bangkok
semuanya mengajar aku tentang kemanusiaan
dan realiti kehidupan yang tempang
aku juga belajar daripada kebiadaban
di bumi Uncle Sam
yang mempersetankan Amnesty International
agenda medianya tidak pernah tercabar
walaupun Nixon tercabut jawatannya
itu hanyalah dalil
semua orang Amerika ada potensi
untuk disembelih.

Apabila aku membaca berita ekonomi pulih
pada masa yang sama syarikat akhbar itu
membuang pekerja
aku jadi tertanya-tanya
apakah itu penunjuk yang betul.

Temanku di Jakarta pernah bilang
kalau selalu baca koran
kepala kita jadi pusing
"Alternatifnya Bung" katanya
Al-Quran
DAN ALLAH SENTIASA DAN SELAMANYA BENAR
kalau baca koran
sakit hati
kalau baca Al-Quran
tenang hati.


RAMLI ABDUL RAHIM
Cameron Highlands
8 Mei 1999

1 comment:

  1. Wow!

    Menyengat sajaknya...

    Major (rtd) Ramli Abdul Rahim.

    More please...

    ReplyDelete

I appreciate your visits and comments here.