XMC Major (rtd) Ramli Ab Rahim The Doer

Sunday, December 21, 2008

X-Mass Comm Dzailani Ngorak Langkah Mencari Barisan Pemimpin Koperasi XMC UiTM

Asalamualaikum. Koperasi XMC kini sedang mengorak langkah mencari BARISAN pemimpin. Sebelum AGM diadakan pada Januari atau Februari 2009, molek rasanya jika kita mula mencari dan memilih calon2 barisan pemimpin tertinggi koperasi seperti pengerusi, timbalan, naib, setiausaha agung, bendahari dan barisan central working committee (CWC). Ciri2 pemimpin diperlukan antaranya ialah:
1. berwawasan
2. rajin
3. komited terhadap tugas
4. amanah

Untuk itu saya mengambil kesempatan menjemput dato2 / datin2/ tuan2/ puan2 memperkenalkan diri dan menyatakan keinginan berjuang sebagai pemimpin koperasi xmc.

Selain itu tuan2 / puan2 boleh mencadangkan sesiapa saja calon2 difikirkan sesuai untuk berada di barisan pemimpin. Jika calon berkenaan bersetuju, teruskan berkempen bagi memastikan mereka mendapat undi secukupnya ketika bermesyuarat di AGM.

Akhirkata kepada mereka yang ingin memimpin beberapa sayap koperasi xmc, sila "paste" profile photo di forum ini bagi memudahkan ahli koperasi mengenali anda. Juga nyatakan hasrat dan kesungguhan anda menerajui koperasi.

SELAMAT BERKEMPEN.

Tags: koperasi

Reply to This

No comments:

Post a Comment

I appreciate your visits and comments here.