1) Pak Lah masih belum melawat negara-negara ASEAN seperti yang umum dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum berundur.
2) Pak Lah sepatutnya sudah membuat lawatan persahabatan dan perpisahan ke negara-negara rakan seperti China, India, Britain atau Amerika Syarikat.
3) Pihak beliau belum lagi memaklum atau menetapkan sebarang tarikh rasmi kepada Istana Negara akan bila Najib akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru.
4) Pak Lah belum menetapkan bila mesyuarat jemaah Menteri yang terakhir.(Perkara ini perlu dimaklum awal bagi memastikan tidak ada Menteri yang membuat lawatan rasmi ke luar negara atau bercuti pada tarikh atau tempoh peralihan kepimpinan Perdana Menteri berlaku)
5) Pak Lah belum memulakan kunjungan sembah hormat dan terima kasih kepada Sultan-sultan di negeri-negeri seluruh negara (ini adalah sesuatu yang amat penting)
6) Di peringkat Kementerian Pertahanan, Lebah Kota dimaklumkan Pak Lah masih belum menetapkan tarikh perpisahan.
Secara umum, rekod di Putrajaya memperlihatkan Pak Lah masih belum menetapkan apa-apa tarikh untuk perkara-perkara penting itu.
Bagi faktor nombor 6, adalah menjadi amalan bahawa bagi seorang Menteri Pertahanan, beliau perlu melalui majlis perpisahan yang mengikut istiadat kententeraan dan juga awam.
Namun, sebelum melalui istiadat itu, adalah normal bagi seorang Menteri Pertahanan untuk melawat sekurang-kurangnya sebuah pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang biasanya adalah di Lumut.
Selepas melawat semua pengkalan-pengkalan itu, barulah akan diadakan majlis perpisahan rasmi di Kementerian Pertahanan.
Semasa Najib bertukar ke Kemeterian Kewangan, beliau tidak dapat melawat pengkalan-pengkalan berkenaan kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Namun, beliau tetap melakukan perpisahan rasmi peringkat Kementerian Pertahanan.
Rekod memperlihatkan Pak Lah belum menetapkan tarikh lawatan-lawatan berkenaan.
Dengan tempoh peralihan hanya dalam 2 bulan sahaja lagi yakni semasa atau sehari dua selepas Perhimpunan Agung UMNO Mac ini, kegagalan Pak Lah dan pegawai-pegawainya menetapkan tarikh untuk perkara-perkara penting di atas amat jelas memperlihatkan niat beliau untuk tidak berundur daripada jawatan Perdana Menteri.
Beliau pasti tidak akan berkesempatan untuk melakukan semua perkara-perkara penting di atas jika bermula dari sekarang untuk berbuat demikian.
Kebimbangan untuk Pak Lah tidak berundur pernah disuarakan banyak pihak termasuk oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
(sumber www.malaysia-instinct.com)
p/s : Semua orang tahu yang Pak Lah akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kira-kira dua bulan lagi bagi membolehkan Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan tersebut
tetapi apabila membaca artikel di atas, aku tertanya-tanya, mungkinkah ini semua cuma sandiwara Pak Lah untuk mengaburi mata rakyat Malaysia?
dan sekiranya ini benar-benar terjadi, adakah Najib akan berdiam diri?
Adakah Najib akan melawan Pak Lah?
Mungkinkah Malaysia sekali lagi akan berhadapan dengan krisis kepimpinan terbesar antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti mana konflik Mahathir-Anwar tempoh hari?
wow! ini sudah panas!
(Petikan daripada syahrilkadir.wordpress.com)

Replies to This Discussion
- Well, baru2 ini semasa saya sedang makan d salah sebuah restoran d Shah Alam, terdengar dari meja sebelah satu group sdg berckp mengenai topik ini. "Pak Lah tak akan letak jawatan". Tak tahulah group tu dari mana, tp tengok gaya seperti orang2 UMNO. Antaranya kata salah seorang drp mereka, kalau Pak Lah dah nak letak jawatan mengapa masih lagi bersusah payah buat lawatan ke negara2 Arab skrg ini. Ada pula yg berkata "Aku berani jamin Pak Lah tak kan letak jawatan". Saya hanya tersenyum sendirian mendengar hujah-hujah mereka.
Pendapat Khairul pula macam mana??? He..he..
- Marliya, masa you makan you suka dengar sembang orang meja sebelah ye? Tak baik tau!
- ha ah. tak baik tau. ada baiknya join sekali dalam perbincangan tu. lebih mesra, lebih comel, lebih terampil. hehehehehheheh
- Basree bukan teman nak mendengor, habih tu, cakap macam guruh , macam saja nak bagi semua org dengor. Mcm lah tak blh slow kan volume tu. Group tu mcm saja nak attention je. Benjy, tak kuasa teman nak join group yg cakap berdegar2 mcm tu. Tak siur teman ....
- Marliya, pak lah letak jawatan ke, tak letak jawatan ke, apa ada hal? bukan dia ada bagi apa2 projek kat i! he he he
- Basree mmg le, dia tak bagi projek kat kita. Tapi siapa yg memegang jawatan PM itu penting kita fikirkan. Kalau nanti dpt PM yg dgr telunjuk isteri pun susah juga, nnt isteri dia yg buat decision mengenai negara kita (U know what I mean) . Dpt PM yg kuat tidur pun susah, tak ambil tahu bab2 ekonomi, yg susahnya rakyat jelata especially yg berpendapatan rendah Kesian kat dia orang.
- nanti bini kata, why can't we use airforce one? mai habi is the nambe two men wat. ip the sleeping men stepping the daun, mai habi wil kam nambe wan ...
iskkk .... is the u kan understood mi wan ek ....
yang jelas ... industri asas kecantikan akan booming tak lama lagi!
- Industri botox ye Benjy. Tanyalah Maton company sapa yg supply uniform utk army, peserta PLKN etc......
- oh me goat ... hapa hodoh bebeno uniform plkn tu ...
- Delete
- SERANGAN saya adalah ke atas FIKRAH. I don't atttack people personally. FIKRAH yang saya sohorkan adalah untuk PEMERINTAH dan RAKAYAT KEMACAR. DAKWAH itu septutnya daripada ATAS ke BAWAH. Ayatullah Khominie boleh mengisytiharkan QIAMULLALIL PERINGKAT KEBANGSAAN yang harus digarap oleh seluruh penduduk Iran bukan sahaja di QOM atau TEHRAN tetapi di seluruh pelusuk gunung dan lembah.15 minutes left to edit your comment.
Apa RELEVAN menulis pasal Iran dan Malaysia yang berPerdana Menterikan Pak Lah? Iran negara umat Islam.Malaysia negara umat Islam. Untuk hidup dalam kerangka Negara Islam yang memenuhi BALDATUN THOYYIBAH WA ROBBBUN GHOFUR adalah satu impian yang indah. Telah banyak dipolemikkan di unversiti bab ISLAM dan SECULARISM.
Marliya risau isteri lebih-lebih. Itulah natijah apabila pesanan ARRIJALU QAWAMUNA A'ALAN NISSA (Lelaki itu adalah pemimpin pada wanita) diambil acuh tak acuh. EMANSIPASI yang Rasulullah s.a.w. perjuangkan sejak 1430 tahun dahulu masih menjadi agenda SISTERS IN ISLAM yang belum selesai dan tidak akan selesai. Februari ini ada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur bab wanita. SISTERS IN ISLAM kena belajar ISLAM DAN TUNTUTAN ISLAM SEBENAR. Al-Quran dan al-hadis kena jadi panduan.
Seronok membaca membaca tulisan dengan maudhuk 6 tanda-tanda berkenaan em.........tak sampai 50 tak apa....... Paradigma kepada keBERSIHan untuk menjadi khalifah perlu dicernakan setelah FIKRAH asing berada di Periferal milieu ummah yang lama terjajah.
No comments:
Post a Comment
I appreciate your visits and comments here.