XMC Major (rtd) Ramli Ab Rahim The Doer

Friday, February 6, 2009

Teman Editor Muslimah Komentar Politik Perak

Friday, February 6, 2009

Coup de tat Alaf Baru?
Saya bukanlah penganalisis politik. Bukan juga penulis politik. Tetapi isu Perak ini benar-benar menarik minat saya untuk 'berceloteh'. Harap tiadalah yang merasakan blog saya blog politik (kwang3)!!!Mengapa saya suka isu ini? Sebab ia besssss! (teringat iklan merdeka Yasmin Ahmad untuk PETRONAS). Bagi saya menarik kerana senarionya ibarat tayangan ulangan. Pernah berlaku di Tranungkite.. dan di Sabah. Cuma menariknya, ia berlaku di alaf baru. Oleh pemain-pemain baru tapi taktik lama!Bermacam ulasan yang dapat kita dengar oleh mereka yang pakar dalam bidang Sains politik. Buka saja berita tv atau belek saja akhbar, pasti isu ini mengisi ruang. Cuma sebagai orang media, saya melihat dalam banyak kupasan media arus perdana, pembaca tidak didedah dengan berita penuh atau secara keseluruhan.. Saya ambil contoh, dalam sidang media yang dihadiri oleh YB Nizar, DSAI dan Haji Hadi, apa yang diwarwarkan ialah 'sembah derhaka' Nizar terhadap perintah Sultan. Sebaliknya apabila saya melihat sidang media penuh, ada explanation daripada Nizar dan mengapa 'sembah derhaka' itu dilafazkan. Bukan sembah derhaka sebenarnya, tetapi meminta Tuanku untuk mempertimbangkan semula keputusannya berdasarkan undang-undang tubuh negeri Perak!Saya melihat media diperguna dengan sebegitu sekali demi untuk memenuhi cita-cita dan kehendak. Di manakah integriti media? Di mana agaknya nilai objektif dalam menyampaikan berita? Yang penting di manakah nilai diri wartawan?Namun saya tidak terkejut perkara ini berlaku kerana dalam diri penulis tidak ada rasa bahawa setiap apa yang ditulis itu dicatat oleh PEMERHATI di bahu kiri dan kanan!Saya tahu dan dapat merasakan PAS boleh menerima pukulan KO dengan OK. Kalah itu bukan perkara baru bagi mereka..lumrah yang biasa mereka hadapi. KO kali ini tetap OK kerana bak kata mereka... susun barisan untuk memperkemas Bulatan!
Posted by Nik Fauziah Nik Hussin at 5:02 PM 0 comments Links to this post
Thursday, February 5, 2009

Ong, Ong.. Gedekk..gedekkk!!!
Politik Malaysia berkocak lagi!!! Kelam kabut seminggu ini rupa-rupanya mencetuskan situasi yang sungguh mengejutkan kita. Dewan Undangan Negeri Perak, kerajaan negeri PILIHAN RAKYAT tumbang gara-gara adegan 'lompat katak' oleh wakil rakyat yang pada saya sangat tidak berpendirian dan tidak bertanggungjawab serta telah mengkhianati amanah rakyat!Kini kita masih menunggu keputusan daripada institusi istana... sama ada Pilihanraya kecil akan dibuat atau tidak. Debaran pasti terasa... baik di pihak BN ataupun PR. Biarpun BN nampak 'confident' namun diamnya YB Nizar juga turut menggentarkan.Andai BN kembali berkuasa di Perak, terukir lagi sejarah dalam negara. Sebuah kerajaan dibentuk hasil wakil rakyatnya yang melompat parti! Bukan kerana dipilih rakyat. Saya sebenarnya sangat tertarik apabila membaca komen mantan PM, Tun M dalam blognya yang bertajuk LOMPAT MELOMPAT. Antara lain beliau menulis: "8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk."Lebih menarik lagi komen balas beberapa orang terhadap tulisan Tun..Doleng Brovo menulisTun...Your observation is sharp...These people wanted to jump party to save their own butt....Im sure that They are promised with money n dismissal of their cases..I think these people dont deserve the peoples vote..Jump for What U believe in...Not For Yourself........ Manakala Chris pula berpendapatSir,It is obvious that BN is desperate to entice PR assemblymen to defect because they are the opposition. Considering the razor thin majority of PR, it is no wonder they will go all out to topple the Perak Government. For some reason the Bota guy left UMNO and I suspect it is monetary in nature. So BN is using the logic of two hands make the clap. DS Najis must be the brains behind this intrigue. Too bad because the Perak Assembly is about to be dissolved. Fresh elections will wipe out BN/UMNO for sure 100%. The people on the ground are totally fed up with this nonsense. I really hope the Sultan of Perak gives his consent to DS Nizar and PR to go ahead with the dissolution of the state assembly. This will really teach UMNO/BN a well deserved lesson in governance. Make no mistake; the people decides!Dan Fikrah pula menyatakan:1)Rasuah sememangnya penyakit. TIDAK harus dikompromi; dilihat kesian atau diberikan simpati; apatah lagi untuk dijadikan ahli.2)Asas peraturan perundangan - TIDAK BERSALAH selagi tidak dibuktikan BERSALAH. Maknanya, masih belum lagi kedua exco itu bersalah. Untuk melabelkan mereka seperti pesalah juga adalah tidak patut!3)Jelas sekali UMNO memang terdesak untuk membentuk kerajaan di Perak. Isu yang utama adalah menunjukkan bahawa BN masih kuat dalam kaca mata masyarakat; Jadi, membentuk kerajaan adalah cara yang paling pantas. Dengan kata lain, lompat sebelah sini.4)Pilihanraya DUN Perak! adalah jalan keluar yang paling berintegriti! dan paling bertanggung-jawab! Sanggupkah BN atau PR untuk melalui lagi? Kalau ini berlaku, rasanya, janji BN bukan lagi pembangunan. Mungkin pertarungan akan berkisar kepada isu rasuah juga...Anda boleh membaca komen-komen lain di blog Tun M.Sebagai orang yang terlibat dengan media, memang banyak khabar angin sampai ke telinga saya. Malah khabar yang separa benar dan benar juga sampai ke pengetahuan saya sebelum pengumuman pembubaran secara rasmi diumumkan petang semalam. Sebagai seorang rakyat yang pernah mengundi dan terlibat dalam pemilihan kerajaan, saya berasa sangat tidak seronok dan kecewa apabila cara pengambilalihan (masih lagi belum sahih, setakat saya sedang menulis ini) dilakukan. Pada saya ia sangat tidak bermaruah dan telah mengetepikan hak rakyat yang memilih. Adalah lebih baik dan releven jika diadakan semula pilihanraya DUN Perak. Biar rakyat menentukan siapa pemerintah pilihan mereka. Dan pastinya bukan dari kalangan mereka yang suka-suka main lompat katak!!! Ong2! Gedek3!!!
Posted by Nik Fauziah Nik Hussin at 10:32 AM 0 comments Links to this post
Tuesday, February 3, 2009

1 comment:

I appreciate your visits and comments here.