XMC Major (rtd) Ramli Ab Rahim The Doer

Monday, February 9, 2009

Bahaya 3 TA


Dalam melayari bahtera kehidupan manusia lelaki selalau terperangkap dengan 3 ta. Takhta. Wanita. Harta.
Takhta.
Ramai yang terperangkap dengan kemanisan kuasa. Idi Amin, Mugabe, Saddam Hussin, Napoleon Bonarparte, King Farouk dan manusia-manusia yang terlibat dengan politik.
Wanita.
Matahari adalah nama yang cukup terkenal dengan dunia SPY semasa Perang Dunia. Perempuan ini godaannya cukup licin. Lelaki selalu terperangkap dengan perempuan yang berdahi licin. Kalau mampu, kahwin saja 2, 3 atau empat sekali gus. Jangan bawa anak gadis orang, janda ke sana ke mari. Berjalan dengan yang bukan mahram banyak bahaya dan banyak fitnah. Kahwin lagi satu atau dua, orang tak akan bercerita lagi.
Harta.
Manusia mengejar harta. Itu biasa. Normal. Ada yang nak kaya cepat masuk program cepat kaya. Islam tidak melarang untuk jadi kaya. Tapi caranya kena betul.Kalau kita boleh mengemudikan jati diri, nafsu lelaki, ingin memiliki harta dalam kerangka seorang manusia yang menyedari kita tidak akan di sini selama-lamanya dan kita punya ketelusan dalam melayari bahtera kehidupan, Insya'Allah kita akan selamat.Moga tidak akan ada cerita CBT (Criminal Breach Of Trust) yang akan berjela-jela di makhkamah, jika awalan kita, first step, untuk menjadi jutawan, menepati syariat. Amin.

No comments:

Post a Comment

I appreciate your visits and comments here.