XMC Major (rtd) Ramli Ab Rahim The Doer

Wednesday, February 18, 2009

Bertemu Janji Allah


Buku berjodol 'Bertemu Janji ALLAH, Menyingkap Kisah Mahsyar Yang Menyayat Hati" hasil nukilan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nikmat, menyorot daerah yang akan diharungi oleh banu manusia sesudah dunia dikiamatkan.
Di sisi Islam, kejayaan manusia tidak diukur dari aspek penguasaan kehidupan dunia. Kejayaan hakiki bergantung kepadea sjauh manakah manusia mampu berusaha menyingkap segala rahsia hidup yang abadi.
Hitam putih masa depan kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan oleh pegangan hidup seseorang itu semasa di dunia. Allah swt telah mendatangkan para rasul-Nya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia.
Buku ini mengajak pembaca menelusuri jejak-jejak menuju mahsyar. Ia cukup menyentuh dan menyayat hati. Dengan mengikuti huraian tentang hari kiamat dan alam akhirat, Tok Guru cuba mendorong kita untuk menjadi mukmin yang lebih mencintai akhirat.
Penerbit: Anbakri Publika Sdn Bhd
Harga RM17.00



No comments:

Post a Comment

I appreciate your visits and comments here.