XMC Major (rtd) Ramli Ab Rahim The Doer

Showing posts with label Major (rtd) Ramli Ab Rahim. Show all posts
Showing posts with label Major (rtd) Ramli Ab Rahim. Show all posts

Friday, January 9, 2009

X-Mass Comm Major rtd Ramli Ab Rahim Has A New Blog - Friend Is Mirror


Wow!

I really respect and salute this man, Man From Uncle, an XMC who is proactive and active at the same time.

Major (rtd) Ramli Ab Rahim is bubbling with excitement and enjoyment.

He loves what he does and he does what he loves.

Most recently, his own personal Blog.

http://friendismirror.blogspot.com/

About Me

Ramli Abdul Rahim
Formerly the RMAF Press Liaison Officer in MINDEF. He owns a company and runs communication consultancy. semalamdijakarta@yahoo.com
View my complete profile

Salute!

Thursday, January 1, 2009

Tarbiyah Bermula Di Rumah

ANIQAH September 2008

TARBIYAH BERMULA DI RUMAH

Pengalaman Seorang Ayah Melahirkan 3 orang Hufaz

Oleh: Mej (B) Ramli Abdul Rahim


Wajah anak lelaki saya yang kedua mensohorkan kesedihannya dan tiba-tiba dia menitiskan air mata pada satu pagi semasa saya menziarahinya bersama isteri di Maahad Hafiz di birai Sungai Kelang pada awal tahun 1996.

Saya tiba-tiba terasa sayu dan dapat membayangkan susahnya untuk melahirkan seorang hafiz yang dihadapkan dengan 21 mata pelajaran akademik dan pada masa yang sama terpaksa menghafaz al-Quran.

Dalam hati ini berdetik adakah sebagai seorang ayah saya begitu zalim untuk membebankan anak justeru aspirasi dan pengharapan yang begitu tinggi untuk melihat anak berjaya dalam bidang akademik dan pendidikan agama.

Itulah mukadimah kepada proses untuk melahirkan hafiz setelah saya sendiri mendidik kesemua lima orang anak saya membaca al-Quran ketika mereka berusia 4 tahun dan ketika berumur 11 tahun mereka khatam membaca 30 juzu’ al-Quran.

Peribahasa Inggeris “Charity begins at home” itu memang menepati konsep pendidikan atau tarbiyyah awal yang perlu dicernakan dalam sebuah keluarga Muslim dan ia bukan sahaja menjadi tanggungjawab ayah semata-mata tetapi dengan dokongan seorang ibu.

Untuk melahirkan generasi al-Quran yang unik ia bermula dengan kesedaran dan perlu kepada ilmu tentang al-Quran dan kerana ia adalah pembimbing dan satu-satunya tinggalan wahyu yang akan kekal hingga akhir zaman.

Oleh kerana Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab, maka untuk menggali sumber ilmu itu kita perlu mempunyai kemampuan memahaminya dengan mempelajari bahasa Al-Quran.

Secara peribadi saya mula berjinak-jinak mempelajari Bahasa Arab secara persendirian semasa saya berada di Amerika di salah satu pusat bahasa Tentera Udara Amerika di San Antonio Texas.

Apabila saya pulang ke Malaysia saya berguru secara talaqi mempelajari Bahasa Arab dengan seorang ustaz warga negera Indonesia yang kini menjadi imam di masjid Melboune Australia.

Semasa saya melanjutkan pelajaran di universiti saya mengambil Bahasa Arab sebagai mata pelajaran elektif selama dua tahun dan kerana saya biasa mempraktikkannya saya tidak mempunyai masalah untuk bertutur dengan baik.

Lantas saya mentarbiyyah anak-anak saya dengan dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab berselang-seli bercakap sama ada di rumah atau semasa berjalan atau di restroran.

Buang sifat malu untuk bercakap Bahasa Arab sebab kalau kita perhatikan di sekeliling kita rakyat Malaysia ini sudah terbiasa bercakap rojak sekejap menggunakan bahasa ibunda sekejap menjadi Mat Salleh.

Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk membudayakan kehidupan kita sebagai manusia Muslim dan tidak ada apa yang perlu dimalukan kerana Bahasa Arab adalah bahasa yang mulia yang dipilih Allah sebagai bahasa wahyu.

Untuk membudayakan Al-Quran sebagai teman dan wirid harian kita perlu mempunyai azam dan tekad sekurang-kurangnya kalau kita tidak membaca Al-Quran, kita perdengarkan kaset atau CD Al-Quran umpamnya di komputer atau di kereta.

Apabila Al-Quran itu sudah menjadi lumrah dan sering dibaca dan dihayati serta menjadi halua telinga maka kita akan merasakan kemanisan Al-Quran dan lama kelamaan hati itu akan menolak apabila selain daripada Al-Quran itu diperdengarkan.

Memang Allah itu sentiasa benar dan benarlah firman-Nya yang mafhumnya dengan berzikir itu akan tenanglah hati dan zikir itu datang daripada mendengar ayat-ayat Allah.

Hidup dengan Al-Quran itu adalah satu kesinambungan dan proses tarbiyah untuk anak-anak di rumah itu bermula sejak hari pertama seseorang itu menjalani kehidupan berumah tangga dan acuannya dimulai dengan Al-Quran.

Saat berbulan madu sebagai suami isteri hanya sebentar kerana tanggungjawab mengemudikan sebuah kehidupan bermula dengan suami mengimamkan solat bersama isteri.

Al-Quran itu dijadikan satu rutin di dalam kehidupan dan suami isteri perlu duduk bersama membaca Al-Quran dan bertadabbur dengan ayat-ayat yang dibaca.

Saya masih ingat ketika ibu mertua saya dalam keadaan sakaratulmaut, saya berkejar mengambil dua orang anak di Maahad Hafiz dan mereka yang masih dalam tingkatan tiga dan tingkatan satu bergilir-gilir membaca Al-Quran.

Susana hening berlalu apabila lima minit sebelum ibu mertua saya menghembuskan nafas yang terakhir, dia masih sempat menghulurkan tangannya kepada anak-anak saya dah berkata,”terima kasih cu kerana doakan wan”, saya tidak dapat menahan air mata.

Sebenarnya semasa mula menghantar anak untuk belajar akademik dan tahfiz di sebuah sekolah swasta itu, hati kecil ini berkata apakah saya akan jadikan anak sebagai bahan eksperimen untuk melahirkan seorang hafiz dan apakah masa depan mereka?

Masa depan mereka terjawab apabila hafiz yang pertama diterima belajar di Universiti Al-Azhar, yang kedua di Universiti Islam Madinah dan yang ketiga di Universiti Islam Antarabangsa.

Anak saya yang ke Al Azhar mengambil bidang Qiraat, anak hafiz kedua yang mengambil bidang sains semasa SPM menyambung pelajarannya dalam bidang hadith manakala hafiz yang ketiga mengambil bidang undang-undang.

Kini saya memerhatikan anak-anak saya dengan rasa lega dan proses pentarbiyahan ini perlu diteruskan untuk melahirkan generasi Al-Quran yang istiqamah dan mengambil Islam sebagai Manhajul Hayah.

Tuesday, December 30, 2008

X-Mass Comm Welcomes Major (rtd) Ramli Ab Rahim As A Co-Author Here



Major (rtd) Ramli Ab Rahim


X-Mass Comm - FACE-TO-FACE Major Ramli Nurhafizah

XMC begitu mesra di luar dunia maya. Gambar menggambarkan seribu perasaan.

Website: http://masscommuitm.ning.com/group/luarmaya
Members: 9
Latest Activity: 1 hour ago

Discussion Forum


Major(rtd)Ramli Ab Rahim Comment by Major(rtd)Ramli Ab Rahim on December 20, 2008 at 9:13pm


DI KOPITIAM MENEGUR NurHafizah

Di alam nyata pertama kali jumpa mensohorkan ukhuwah yang automatis walaupun cuma bertegur 2 kali di KOPITIAM. Roro memakai bju berpangkat sarjan.

Monday, December 29, 2008

X-Mass Comm - FACE-To-FACE Major (rtd) Ramli -

XMC begitu mesra di luar dunia maya. Gambar menggambarkan seribu perasaan.

Website: http://masscommuitm.ning.com/group/luarmaya
Members: 9
Latest Activity: 1 hour ago

Discussion Forum

Major(rtd)Ramli Ab Rahim
Comment by Major(rtd)Ramli Ab Rahim on December 20, 2008 at 9:24pm

TAHLIL XMC MENGUNDANG HERO 70-AN

Ibrahim Ali super super senior yang telah banyak kali menjadi YB dan di atas pelbagai platform di Palimen hadir dimajlis Tahlil XMC di Pusat Islam UiTM 20 Dis 2008. Kelihatan Dato YB begitu kyusuk mendengar Tazkirah Haji Azhary selepas solat Asar dan Tahlil. Tak dapat berinteraksi beliau keluar awal ada urusan.

Wednesday, December 17, 2008

X-Mass Comm - Syekali Major (rtd) Ramli Ab Rahim Syiakap Arab Daa...

Major(rtd)Ramli Ab Rahim
Mudharis = Teacher = Cik Gu
LET'S SPEAK ENGLISH & ARABIC

Ahlan Wa Sahlan = Welcome = Selamat Datang

to English & Arabic column. Let us grow the collection of English clauses and phrases with Arabic translation here.

Website: http://masscommuitm.ning.com/group/EnglishArabic
Members: 11


Man = Who = Siapa

Ma = What = Apa

Mata = When = Bila

Aina = Where = Di Mana

Limaza/Lima = Why = Kenapa/Mengapa

Kaifa = How = Bagaimana



Ana
= I = Saya

Ni = Me = Saya

Akhbir ni = Tell me = Beritahu saya

Anta (male)
Anti (female)

Antuma (2 male/female)
Antum (more 2 male)
Antunna (more 2 female)


= You = Anda

Huma (2 male/female)
Hum (more 2 (male)
Hunna (more 2 (female)


= They = Mereka

Him (male) 'alai him (on them)
hunna (female)


= Them = Mereka

Hia = She = Dia

Hua = He = Dia

Hua/hia = It = Ia

Hua = He (1 male)
Huma = They (2 males)
Hum = They (more than 2 male)

Hia = She (1 female)
Huma = They (more than 2 females)
Hunna = They (more than 2 females)

Anta = You (1 male)
Antuma = You (2 males)
Antum = You (more than 2 males)

Anti = You (1 female)
Antuma = You (2 females)
Antunna = You (more than 2 females)

Nahnu = We = Kami



Aswad
= Black = Hitam

Abyadh = White = Putih

akhdhor = Green = Hijau

Asfar = Yellow = Kuning

Azroq = Blue = Biru

Ahmar = Red = Merah

Bunniy = Brown = Coklat

Arjuwani = Purple = Ungu
.

Sunday, December 14, 2008

X-Mass Comm Groups - 3 Are Becoming Hot..!

While here, I joined 4 Groups, namely:

My Groups

Featured Groups

Group Leaders are Awesome X-Mass Comm:

Wan Razali Sulaiman aka PakWan 52, Male
And

Major(rtd)Ramli Ab Rahim

Thus far, these groups are interactive and fun.

There are more here:

http://masscommuitm.ning.com/groups


Altogether 28 Groups.

http://masscommuitm.ning.com/groups

InsyaAllah more...